PNR597: FUTUREFARM AQUAPONICS : INTELLIGENT GROWTH AND FEEDING SYSTEM

DANISHA QAIRINA BINTI AMRY SMK SEMERAH PADI / PPD KUCHING / JPN SARAWAK

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0625 | 1 Likes | 16 Views | 24 times | LS: 25.1
Like it? | Support them now!

Type Your Abstract Here!

Future Farm Aquaponics  : Intelligent Growth and Feeding System (FFA: IG&FS) merupakan inovasi bersepadu “2 dalam 1” yang menggabungkan sistem kawalan pertumbuhan tanaman akuaponik dan sistem pemberian makanan ikan automatik. Dikuasakan oleh Maker Uno Microcontroller, sistem ini mengawal pam air dan pemberian makanan secara automatik melalui penderia air, pam DC12V, dan pemasa digital yang boleh diprogramkan. Inovasi ini direka untuk mengatasi kelemahan sistem konvensional yang mahal, tidak automatik, dan mudah rosak akibat operasi berterusan.
FFA: IG&FS bukan sahaja meningkatkan kecekapan masa, tenaga dan kos, tetapi turut menjadi alat bantu mengajar (ABM) yang berkesan bagi memperkukuh pembelajaran berasaskan projek (PBL) dalam topik Reka Bentuk Akuaponik. Projek ini berpotensi dikomersialkan sebagai kit pendidikan STEM berskala kecil yang mesra pengguna, mudah alih dan bernilai tinggi dalam pendidikan inovasi hijau.