PNR227: PENGGOSOK PINTAR (SMART SCRUBBER)

MUHAMMAD ISKANDAR BIN MOHD HAFIZAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0519 | 4 Likes | 77 Views | 41 times | LS: 45.2
Like it? | Support them now!

Proses membersih dan mencuci permukaan objek seperti meja, piring, tingkap dan kasut biasanya mengakibatkan tangan lenguh ditambah pula apabila kita perlu memegang berus dan bekas sabun semasa menggosok. Tujuan: Maka, untuk mengatasi masalah ini, Penggosok Pintar diintergrasikan bekas sabun dan dengan pengesan inframerah direka cipta untuk membantu mengatasi masalah tangan lenguh semasa mencuci dan sekaligus dapat mengoptimakan proses pembersihan. Alat dan bahan: Berus atau span, gear taji, motor kecil, suis, bateri, sensor inframerah, botol sabun cecair, pemicu sabun. saluran sabun, dan bekas plastic ergonomic untuk badan produk. Cara guna: Pegang bahagian pemegang penggosok, tekan suis untuk hidupkan bateri, halakan penggosok ke permukaan yang ingin dibersihkan seperti permukaan meja atau pinggan. Apabila sensor inramerah mengesan permukaan dalam jarak 3 atau 4 cm, span akan berputar dan kerja menggosok boleh dilakukan. Apabila diangkat atau dijauhkan daripada permukaan, span akan berhenti berputar. Jika perlukan sabun cecair, hanya picit pemicu dan sabun akan disemburkan ke permukaan yang sedang dicuci. Keunikan alat: Alat ini menggunakan teknologi sensor inframerah yang mengesan permukaan dan mengaktifkan span. Oleh itu, tenaga bateri dapat dijimatkan jika penggosok tidak mengesan permukaan. Bekas sabun dibina pada bahagian pemegangnya supaya sabun dapat disemburkan semasa menggosok tanpa perlu memagang satu lagi botol sabun. Alat ini menyokong SDG 3, 9 dan 12. Kesimpulan: Penggosok pintar adalah alat yang mampu membantu menyelesaikan masalah lenguh tangan semasa menggosok dengan reka bentuknya yang ergonomic, diintergrasikan bekas sabun didalamnya dan berfungsi secara automatik dengan sensor inframerah.