PNR448: SIRAH SLEUTH GAME

MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMI SMK SERI TANGKAK

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 15 Views | 19 times | LS: 19.0
Like it? | Support them now!

Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras wajib diambil oleh murid Islam di sekolah kebangsaaan ataupun sekolah swasta. Sirah merupakan salah satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh tu, semua murid Islam perlu memahami dan menguasai sirah. Jika mereka tidak memahami sirah, seseorang murid akan sukar menghayati sirah-sirah nabi dan sejarah Islam yang menarik. Tambahan pula, setiap tingkatan mempunyai kaitan berkenaan fakta sirah  dengan  tingkatan yang lain
        Justeru itu, kajian inovasi ini dijalankan untuk mengatasi masalah kesukaran murid Tingkatan 1  yang masih lemah dalam memahami sirah. Masalah ini sangat ketara apabila terdapat beberapa orang murid masih tidak mengenal salasilah nabi Muhammad apabila disoal oleh guru  dan mengalami masalah untuk mengingatinya. Oleh itu, satu inovasi bahan bantu mengajar iaitu SIRAH SLEUTH GAME dalam bentuk permainan telah dihasilkan bagi membantu murid mengingati sirah dengan lebih baik dan seronok. Objektif penghasilan inovasi adalah untuk membantu murid-murid memahami topik-topik dalam sirah dengan betul. Sel ain itu, inovasi ini juga digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 dan 3.
        Fokus utama adalah untuk memastikan pelajar memahami dan mengingati peristiwa penting Rasulullah SAW. Tajuk ini perlu dihasilkan inovasi kerana terdapat dalam kalangan murid tingkatan 1 yang masih belum menguasai biografi asas Nabi Muhammad SAW.
        Penghasilan inovasi tersebut dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran agar dapat menarik minat dan perhatian murid. Selain itu, ia dapat membantu murid   dengan lebih mudah. Secara tidak langsung, murid akan menjadi lebih mahir dan minat dalam subjek Pendidikan Islam terutamanya dalam bidang Sirah.