PNR773: YESS ETN

WEE BENG HIANG KOLEJ VOKASIONAL MIRI

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0556 | 1 Likes | 18 Views | 19 times | LS: 20.1
Like it? | Support them now!

Kajian ini meneliti keberkesanan pertandingan matematik interaktif dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik kebarangkalian. Seramai 132 peserta menyertai pertandingan ini, dengan 93% menyatakan ia menyeronokkan, 91% merasakan ia membantu memahami topik kebarangkalian dengan baik, dan 91% berminat untuk menganjur atau menyertai pertandingan matematik pada masa akan datang. Selain itu, purata nilai gred kursus matematik teknologi Elektronik meningkat daripada 2.09 pada Semester 1 kepada 3.4 pada Semester 2, dengan peratusan kelulusan meningkat daripada 95.7% kepada 100%. Lebih signifikan, 68.4% pelajar memperoleh gred A/A-, berbanding tiada pada semester sebelumnya. Peningkatan ini juga selari dengan peningkatan PNGK 211 pelajar SVM Kohort 2024 kepada 3.13 (gred B, kepujian) berbanding 1.97 (gagal) pada Semester 1, dan peratusan kelulusan meningkat daripada 54.5% kepada 95.73%. Keputusan ini menunjukkan bahawa pertandingan matematik interaktif berpotensi sebagai alat pembelajaran yang efektif dalam meningkatkan pemahaman dan prestasi pelajar dalam matematik.