PNR406: J-SUKA KFC

NURUL BATRISYA QAISYARA BINTI MUHAMMAD FAIZAL SMK KELAPA SAWIT

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 35 Views | 69 times | LS: 69.0
Like it? | Support them now!

Inovasi J-SUKA KFC ini dihasilkan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran menulis rumusan. Seramai 9 orang murid tingkatan 4 Sains, SMK Kelapa Sawit, Kulai dan seorang guru terlibat dalam penghasilan bahan inovasi ini. Objektif umum pelaksanaan inovasi ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menentukan fokus bahan rumusan dengan menggunakan bahan inovasi J-SUKA KFC sekali gus dapat meningkatkan kebolehan murid dalam mengenal pasti isi tersurat berdasarkan fokus bahan rangsangan dan menghasilkan penulisan rumusan yang berkualiti. J-SUKA KFC merupakan Jadual Berkala Pengkelasan Kata Tugasan yang mengandungi tujuh kata tugasan yang dikategorikan mengikut perkataan sama makna dan cadangan kata kunci bagi kata tugasan tersebut. Perkara yang menarik dengan bahan inovasi yang dihasilkan ialah pengkaji menekankan penggunaan kod warna pelangi yang mewakili setiap kata tugasan yang telah dinayatakan. Pada asalnya, penyelidik hanya menggunakan kertas A4 untuk membuat jadual pengkelasan dan kini penyelidik telah menghasilkan satu cetakan kad keras bersaiz A6 yang memaparkan rangka penulisan rumusan dan kaedah J-SUKA KFC dengan grafik yang menarik dan kos cetakan yang minimum. Bahan inovasi tersebut telah diberikan kepada murid oleh penyelidik semasa sesi PdPc. Keputusan pascaujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam menentukan fokus bahan rumusan. Dapatan analisis dokumen pula menunjukkan murid lebih mahir menentukan isi tersurat berdasarkan fokus bahan rumusan dengan tepat dan berjaya memperoleh markah yang baik dan cemerlang. Hasil pemerhatian PdPc juga mendapati murid lebih seronok dan bersemangat untuk menjawab soalan rumusan dengan menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh penyelidik.
Kata kunci: J-SUKA KFC, fokus bahan rumusan, isi tersurat, dan kemahiran menulis.