DHIA NUR IMANI BINTI MOHD REDZUAN SK PENGKALAN TENTERA
Projek ini dijalankan bagi menangani isu pencemaran plastik semaian dan pembaziran sisa sisik ikan. Justeru, kami membangunkan plastik semaian biodegradasi menggunakan dua bahan utama iaitu sisik ikan dan agar-agar bertali. Sisik ikan direndam menggunakan larutan HCl dan NaOH, kemudian dikisar dan dimasak bersama agar-agar untuk membentuk campuran likat. Campuran ini dituangkan ke dalam dulang dan dikeringkan. Ujian menunjukkan plastik semaian ini mampu menampung media tanaman dan mula terurai selepas tiga minggu. Inovasi ini bersifat mesra alam, murah, mudah dihasilkan dan sesuai digunakan dalam pertanian kecil serta pendidikan berteraskan kelestarian.