NUR AQILAH DAMIA BINTI RIDZUAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK
Nangkroon merupakan produk inovasi macaron yang berasaskan biji nangka. Produk ini menggantikan serbuk badam dengan serbuk biji nangka. Penyataan masalah bagi inovasi ini ialah masalah pembuangan biji nangka sebagai bahan organik boleh menyumbang kepada pencemaran serta menjejaskan kualiti udara. Objektif inovasi ini adalah mengurangkan pembaziran, menghasilkan produk macaron yang inovatif dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan guna bualan bahan buangan dalam industri makanan. Kaedah penghasilan produk ini melibatkan proses pembuatan serbuk biji nangka yang perlu direbus, dikeringkan dan dibakar. Seterusnya, serbuk biji badam digunakan dalam penghasilan Nangkroon. Antara kelebihan Nangkroon ialah mengurangkan pembaziran, kaya nutrisi dan memberi nilai tambah dalam sisa makanan serta menyokong amalan mesra dan konsep kelestarian. Nangkroon juga boleh disejukbekukan. Akhir sekali, penghasilan produk inovasi Nangkroon ini bukan sahaja menyokong amalan kitar semula malahan menambah variasi macaron dalam bidang dessert.