NVR486: MOODMETER PRS

NOOR ZARA ZULAIKHA BINTI AHMAD FITRI PRS SK SRI AMAN

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.1250 | 1 Likes | 8 Views | 18 times | LS: 19.1
Like it? | Support them now!

Inovasi Moodmeter PRS dibangunkan bagi membantu murid meluahkan dan mengurus emosi dengan lebih berkesan melalui pendekatan digital yang kreatif dan lestari. Sebelum ini, luahan emosi dilakukan secara manual melalui nota tampal di pintu bilik kaunseling. Kini, sistem digital ini membolehkan murid menilai emosi secara interaktif dan PRS memantau secara masa nyata. Inovasi ini meningkatkan kesejahteraan emosi warga sekolah serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 3). Moodmeter PRS mudah digunakan, kos rendah dan berpotensi dilaksanakan di sekolah lain bagi mewujudkan komuniti pembelajaran yang sejahtera.

 

Kata kunci: moodmeter, inovasi, emosi, lestari, kesejahteraan