PNR464: FAMILY OF REACTIONS

NUR IZZATI BINTI MOHAMAD SOFIYUDIN MAKTAB RENDAH SAINS MARA SUNGAI BESAR

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 16 times | LS: 16.0
Like it? | Support them now!

Kimia sering dianggap sebagai subjek yang mencabar oleh pelajar peringkat menengah, khususnya dalam topik sebatian ion yang melibatkan pemahaman tentang struktur, pembentukan, sifat kimia dan fizikal ion. Berdasarkan pemerhatian menggunakan set soal selidik keperluan terhadap pembangunan produk, pelajar didapati kurang berminat mempelajari topik ini kerana kaedah pembelajaran yang bersifat pasif dan berpusatkan guru semata-mata. Justeru, satu pendekatan inovatif berasaskan permainan diperkenalkan bagi meningkatkan minat, motivasi, dan pemahaman pelajar. Metodologi kajian ini menggunakan model ADDIE Dimana soal selidik keperluan terhadap pembangunan produk diedarkan kepada sampel responden. Hasil inovasi terciptalah Family of Reaction, iaitu permainan kad yang diinspirasikan daripada konsep permainan One Happy Family dan direka khusus untuk topik sebatian ion dalam Kimia Tingkatan 4. Melalui penggunaan kad, pelajar dapat menguasai topik sebatian ion dengan lebih menyeronokkan, interaktif, dan berkesan.