ACE790: Alat Pengasah Mata Pahat

Addaar Quthni Bin Azhar Kolej Vokasional Kuantan

K3IC25 | Ace Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 23 Views | 31 times | LS: 31.0
Like it? | Support them now!

Projek ini bertajuk “Alat Pengasah Mata Pahat” dibangunkan bagi menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna semasa proses mengasah mata pahat secara manual. Kaedah mengasah secara manual lazimnya mengambil masa yang lama, menghasilkan sudut yang tidak tepat, serta mempunyai risiko keselamatan yang tinggi. Alat ini direka bagi memastikan sudut asahan yang tepat, menjimatkan masa, dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna.

Alat ini diperbuat daripada aluminium dan direka untuk mengasah mata pahat bersaiz antara 3 mm hingga 40 mm, serta mampu mengasah dua bilah pahat dalam satu masa. Proses reka bentuk dijalankan menggunakan perisian AutoCAD dan Autodesk Inventor, manakala pembangunan projek melalui beberapa fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Hasil ujian menunjukkan alat ini dapat mengurangkan masa mengasah sebanyak 50% berbanding kaedah manual, serta menghasilkan sudut asahan tepat pada 30°, 45°, dan 60°.

Jumlah kos keseluruhan projek ialah RM263.18, merangkumi bahan mentah, buruh, reka bentuk dan kos overhed. Inovasi ini memberi manfaat kepada pelajar dan tenaga pengajar dalam bidang teknikal dan vokasional kerana dapat melancarkan kerja bengkel serta meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Secara keseluruhannya, projek ini berjaya mencapai objektifnya dengan membuktikan bahawa Alat Pengasah Mata Pahat merupakan satu penyelesaian yang praktikal, efisien dan selamat untuk proses mengasah mata pahat secara tepat.