NVR627: AlaFKraF (ALAT FORMULA KARANGAN FAKTA)

MUHAMMAD IZZULHARIS BIN AZWAN SEKOLAH KEBANGSAAN PANJANG SARI

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 19 times | LS: 19.0
Like it? | Support them now!

Kemahiran menulis untuk menghasilkan penulisan berformat, dan tidak berformat secara koheren dan kohesi merupakan komponen kemahiran yang penting bagi murid tahap rendah. Kemahiran ini terkandung dalam DSKP untuk Standard Kandungan 3.3 dan Standard Pembelajaran 3.3.1 yang menjadi penilaian pentaksiran kepada murid. Membina dan menulis idea dalam menjawab soalan penilaian khususnya UASA dan penilain kemahiran PBD untuk kemahiran menulis merupakan elemen yang sangat penting pada murid agar murid mampu mengembangkan idea tanpa tersasar daripada kehendak soalan. 

          Produk ini dijalankan untuk mengatasi masalah bagi murid tahun 6 yang masih lemah dalam membina idea serta mengembangkan idea tersebut dengan huraian yang baik. Guru berharap melalui produk ini dan langkah-langkah yang diambil dapat membantu murid-murid mengatasi masalah dalam membentuk idea utama dan idea sampingan berdasarkan kepada kehendak soalan, seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam mengembangkan idea tersebut menjadi ayat yang gramatis. Produk ini mengambil masa selama tiga minggu.

          Pada akhir produk ini, guru mendapati prestasi murid-murid dalam ujian pos telah meningkat. Menarik minat murid dalam penulisan bukanlah sesuatu yang mudah dan guru telah berjaya melaksanakannya dalam kaedah inovasi yang digunakan ini dengan membina idea mengikut landasan yang betul.  Guru berharap kaedah yang boleh membantu pelajar ini akan berterusan supaya dapat membantu lebih banyak pelajar khususnya pelajar yang sederhana dan lemah dalam penulisan Bahasa Melayu.