PNR553: ORGANIC BATHBOMB CONSISTING OF PRUNUS PERSICA

MUHAMMAD ANIQ HAKIM BIN MOHD ZULKARNAIN SMK DATO AHMAD MAHER

Organic  BathBomb  sebenarnya  adalah  produk  penjagaan  badan. Tetapi,  kami meletakkan  bahan  istimewa  iaitu   Prunus  Persica  Atau  nama  yang  terkenal  nya iatu  Teh  Bunga  Pic,  ia  mengandungi  banyak  kebaikan  seperti  boleh  merawat kulit  sensitif,  mengurangkan  eczema,  melembapkan  kulit, membekalkan  vitamin pada  kulit  dan  banyak  lagi!  Selain  daripada  itu,  kami  juga menggunakan  bahan bahan  yang  selamat  digunakan  kerana  ianya  bersifat  organik  dan  bahan  tidak berunsurkan  haiwan  (Vegan).  HIPOTESIS : Semakin  konsisten  pengguna menggunakan  produk  ini,  semakin  cepat  masalah  penyakit  kulit  pengguna  akan sembuh.   PERSOALAN  KAJIAN : Faktor  utama  kami  menciptakan  produk  ini adalah  kerana  asrama  sekolah  kami  diserang  oleh  semut  Charlie  dan  Skabies. Hal  ini  menyebabkan  ramai  pelajar  asrama  sekolah  kami  dijangkiti  gigitan  semut  Charlie  dan  Skabies.  Jadi,  kami  mendapat  inspirasi  untuk  mencipta produk  ini  demi  menolong  para  pelajar  yang  terkena  penyakit  kulit  tersebut. Faktor  lain  adalah  membantu  seseorang  yang  mempunyai  kulit  sensitif,  membantu  orang  yang  mempunyai  penyakit  eczema,  membantu  orang untuk  mencari  produk  penjagaan  badan  yang  sesuai,  membantu  orang  untuk mencari  produk  penjagaan  badan  yang  murah  dan  berpatutan  dan  membantu orang  yang  mempunyai  penyakit  kulit.  METODOLOGI : pertama  sekali  campurkan  1kg  baking  soda  organik,  500g  asid  sitrik  dan  100g  garam  apsom ke  dalam  mangkuk,  selepas  itu  masukkan  10g  tanah  liat  bentonik  ke  dalam adunan  dan  kacau  hingga  sebati.  Di  dalam  mangkuk  yang  lain,  masukkan  5 titis  essential  oil  (peach)  dan  campurkan  ia  dengan  150ml  minyak  kelapa  dan kacau  hingga  sebati  dan  masukkan  dalam  adunan  yang  kering.  Selepas  selesai masukkan   bahan  basah  ke  bahan  kering,  adunan  harusnya  lebih  cerah, kemudian  kita  boleh  mula  masukkannya  dalam  acuan.  Akhir  sekali,  selepas selesai  membuat  bathbomb,  rehatkan  selama  1  hari  untuk  menjadikan bathbomb   menjadi  lebih  keras.  KEPUTUSAN : Kami  mendapat  keuntungan sebanyak  RM4.50  selepas  kami  memasarkan  produk  kami  dengan  harga  RM7.50  dan  mendapat  pulangan  keuntungan  sebanyak  150%.  Untuk  pengguna, ia  akan  meredakan  penyakit  kulit,  melembapkan   kulit,  mengurangkan  kesan eczema,  mengurangkan  bau  badan  dan  mengurangkan  eritasi  pada  kulit. ANALISIS : Kami  menamakan  produk  kami  dengan  nama  organic  bathbomb kerana  perkataan  “bathbomb”  pada   dasarnya  dan  ditambahkan  “organic”  kerana  bahan  yang  kami  gunakan  semua  nya  organik  namun  kami  meletakkan bahan  istimewa  yang  membezakan  produk  kami  dengan  produk  lain  di  pasaran.  KESIMPULAN : Bathbomb  ini  Selamat  digunakan  dan  tidak  memberi kesan  buruk  kepada  pengguna,  hal  ini  kerana  kami  tidak  menggunakan  bahan wyang  berbahaya,  malahan,  kami  menggunakan  bahan  bahan  yang  selamat  dan organik.  Untuk  menghasilkan  produk  ini,  kami  juga  menggunakan  pewarna organik  yang  berasaskan  tumbuh-tumbuhan.  Produk  kami  juga  tidak memberikan  kesan  buruk  kepada  alam  sekitar.  Hal  ini  kerana  Organic Bathbomb  kami  ialah  Eco-Friendly  kerana  kami  Bathbomb  kami  akan  melarut  di  dalam  air  dan  tidak  akan  menjejaskan  kualiti  air.

 

 Keyword : Relaks, Segar, dan Berseri.