MUHAMMAD NOOR HAFIZ HAIQAL BIN NOOR SHAHARUDIN KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU
EZcost ialah sistem inovatif yang membantu pengguna mengira kos pengeluaran dengan cepat, mudah dan tepat. Setiap perubahan dikira secara automatik dan sistem terus memaparkan jumlah kos serta harga jualan disyorkan. Selain itu, EZcost turut menyediakan analisis Titik Pulang Modal (TPM) bersama graf interaktif untuk membantu pengguna memahami tahap keuntungan dan pulangan. Sistem ini meningkatkan kecekapan, mengurangkan kesilapan manual serta memudahkan penentuan harga dan perancangan kewangan pengeluaran. Sistem ini menggunakan perpaduan sistem html, tailwind css dan Javascript.