MUHAMMAD ATIQ BIN HASHIM SK KG. JAWA
Number Hunters adalah sebuah bahan bantu mengajar inovatif yang dibangunkan sebagai pemudahcara pembelajaran nombor dalam pelbagai bahasa. Aplikasi ini berfungsi sebagai platform pembelajaran asas nombor yang merentasi bahasa dan membolehkan pengguna menguasai konsep asas nombor dengan cara yang interaktif dan menarik. Dengan memanfaatkan teknologi terkini, Number Hunters tidak hanya menyokong perkembangan literasi digital dalam kalangan masyarakat, tetapi juga membangkitkan semangat belajar dan kecintaan terhadap bahasa. Keunikan aplikasi ini terletak pada kemampuannya untuk digunakan tanpa keperluan akses internet dan menyediakan pengalaman belajar yang fleksibel melalui pengulangan tanpa had. Pengguna telah menunjukkan peningkatan kemahiran dalam menguasai asas nombor dalam pelbagai bahasa sekaligus menjadikan Number Hunters sebagai bahan bantu mengajar yang efektif dalam pendidikan.