FIKRUR RADHI BIN MOHD SHAFUDDIN SMK KARAK
FLEXIAID PRO: EXPERIENTIAL EMERGENCY EVALUATION
FIKRUR RADHI BIN MOHD SHAFUDDIN
ADDY FAIZUL BIN MOHAMED NASIR
SMK Karak, Pahang
ABSTRAK
FlexiAid Pro 2.0 ialah ciptaan yang bertujuan untuk menyelesaikan isu transportasi pesakit yang selamat dan cekap dalam situasi kecemasan. Alat angkut pesakit baharu ini mudah dibawa dan boleh digunakan di pelbagai keadaan medan berkat teknologi lipat dan bahan ringan berkekuatan tinggi. Ujian lapangan dan simulasi kecemasan telah menunjukkan FlexiAid Pro 2.0 berkesan kerana boleh mengurangkan masa evakuasi pesakit hingga 30%berbanding dengan tandu konvensional. Inovasi ini bukan sahaja menawarkan penyelesaian yang lebih baik berbanding kaedah lama, tetapi juga dapat mengurangkan keperluan tenaga manusia, meningkatkan ergonomi, dan meningkatkan keselamatan penolong dan pesakit. Apabila FlexiAid Pro 2.0 dipasang, diharapkan produk ini akan meningkatkan efisiensi dan responsiviti dalam menangani situasi kecemasan. Hal ini juga akan membolehkan pengembangan lebih lanjut untuk aplikasi yang berkaitan dengan pelbagai situasibencana dan evakuasi.
.
Keywords: KIT KECEMASAN,