NVR105: PISKEB

AMNI SAFIYYA BINTI ASMADI SEKOLAH KEBANGSAAN TOK SERA

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 56 Views | 39 times | LS: 39.0
Like it? | Support them now!

Inovasi pinggan sabut kelapa bioplastik (PISKEB) dibangunkan bertujuan untuk mengurangkan pencemaran sisa plastik tidak terurai dengan menggunakan bahan terbiodegradasi dan bebas bahan kimia toksik. Analisis biodegradasi dijalankan melalui berat sebelum dan selepas penanaman PISKEB dan polisterina ke dalam tanah. Hasil menunjukkan berat PISKEB semakin berkurang dan ujian toksik pula menunjukkan PISKEB bebas daripada bahan kimia toksik berbanding polisterina. Ciri – ciri istimewa PISKEB adalah mesra alam, tahan lasak, mudah dibawa, dan kos yang rendah. Maka, PISKEB mempunyai potensi sebagai alternatif mampan kepada pinggan plastik pakai buang yang menyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar dan kandungan bahan kimia yang boleh mengganggu system hormon manusia.