NVR517: BOTAM : BIJAK OPERASI TAMBAH

MUHAMMAD ADAM WAFEEQ BIN ADI AFDZAL SEKOLAH KEBANGSAAN (1) GOMBAK

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 14 Views | 17 times | LS: 17.0
Like it? | Support them now!

Inovasi Bijak Operasi Tambah (BOTAM) dibangunkan bagi meningkatkan kemahiran operasi tambah murid Tahap 1 melalui pendekatan permainan berstruktur yang menyeronokkan, interaktif dan berpusatkan murid. Kajian ini melibatkan 30 orang murid sebagai sampel daripada enam buah sekolah rendah di daerah Gombak dan daerah Karak. Kaedah kajian meliputi ujian pra dan pasca serta pemerhatian semasa aktiviti dijalankan. Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan daripada 21% kepada 65%, sekali gus membuktikan keberkesanan BOTAM dalam membantu penguasaan asas Matematik. Inovasi ini turut menyokong teori konstruktivisme dan pembelajaran aktif, di samping menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4, SDG 16 dan SDG 17).