NVR144: SAGOPLAST

MUHAMMAD THAQIF AFIQ BIN MOHD TAHZIR SK BANDAR SERI PUTRA

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 18 Views | 53 times | LS: 53.0
Like it? | Support them now!

Projek ini bertujuan menghasilkan filem plastik pembungkus makanan yang terbiodegradasi menggunakan kanji sagu (KS) dan polivinil alkohol (PVA). Gabungan KS dan PVA mampu membentuk plastik mesra alam yang terurai lebih cepat berbanding plastik biasa. Larutan kedua-dua bahan dicampur, diadun secara homogen, dituangkan ke dalam acuan dan dikeringkan untuk membentuk filem. Ujian dijalankan bagi menilai ketebalan, kekuatan regangan dan kadar pereputan dalam tanah lembap. Hasil menunjukkan filem KS/PVA mempunyai ketebalan seragam, regangan mencukupi dan kadar penguraian lebih pantas daripada plastik komersial.