PNR507: WHITENING SCRUB

Wan Nur Alya Binti Wan Ahmad Saufi SMK GOMBAK SETIA

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0625 | 1 Likes | 16 Views | 13 times | LS: 14.1
Like it? | Support them now!

Whitening Scrub ini diformulasikan untuk membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah, licin dan berseri secara semula jadi. Ia berfungsi mengelupas sel kulit mati serta menyingkirkan lapisan kulit kusam bagi merangsang pertumbuhan kulit baharu yang lebih sihat. Di samping itu, scrub ini membantu membersihkan pori-pori dengan menanggalkan kotoran, minyak berlebihan dan komedo, sekali gus mengurangkan risiko jerawat. Kandungan bahan aktif yang terdapat di dalam kopi seperti Vitamin C, Niacinamide dan Arbutin turut membantu mencerahkan kulit, menyamaratakan tona serta mengurangkan pigmentasi. Selepas penggunaan, kulit terasa lebih bersih, segar dan lembut. Whitening Scrub ini juga meningkatkan penyerapan pelembap ke dalam kulit, menjadikannya lebih lembap, sihat dan berseri dengan penggunaan secara konsisten.