MOHAMMAD AIZUDDIN BIN MOHD SUBHI Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan
Troli Cerdik dibangunkan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan (KVTAA) menggunakan teknologi Internet of Things (IoT). Jumlah sampel kajian adalah terdiri daripada pensyarah dan pelajar Program Diploma Teknologi Maklumat, Program Teknologi Elektronik, Program Teknologi Automotif, Program Teknologi Penyejukkan dan Penyamanan Udara, dan Program Pengurusan Perniagaan . Pengumpulan data telah dilakukan dan dianalisis untuk mendapatkan hasil projek. Hasil adalah berkenaan pengguna sistem Troli Cerdik di dalam proses pembelian di koperasi kolej yang dikenali sebagai KVTAA MART. Tujuan projek dan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan proses membeli belah di KVTAA MART. Projek ini telah dijalankan analisis data dan melalui analisis tersebut telah menunjukkan responden bersetuju terhadap keberhasilan projek ini. Ianya telah menepati objektif kajian ini iaitu untuk memberi manfaat kepada pengguna sistem terutama kepada pelajar dan pensyarah kolej ini bagi melancarkan proses pembelian barang yang lebih sistematik, cepat dan menjimatkan masa.