MOHAMAD NUR ZAFRI BIN BAHARUDIN SK PAYA JAKAS
FAST AND EASY BOARD 3.0
MOHAMAD NUR ZAFRI BIN BAHARUDIN, NUR SUHAILAH BINTI MOHAMAD HELMI, MUHAMMAD DZU IZZ BIN MOHD HAFEEZ AZAD, MUHAMMAD ZARETH ISKANDAR BIN SAAT @ SALIEN, AQEELA RAIHANAH BINTI MOHD RIZAL, MARYAM SUMAYYAH BINTI MOHAMMAD HIDIR, MUHAMMAD ADAM RIZQI BIN SHAHIRAN,ANIZA BINTI MOKLAS
SK PAYA JAKAS
ABSTRAK
Fast and Easy Board 3.0 suatu inovasi yang telah direka bagi membantu murid-murid untuk menulis nisbah dengan betul, mewakilkan nisbah dua kuantiti dalam bentuk yang termudah dan menentukan kuantiti berkadaran dengan berdasarkan nisbah yang diberi. Dengan tema cepat dan mudah, murid-murid dapat memberikan jawapan secara terus dari Fast and Easy Board 3.0. Inovasi ini juga turut menyokong tiga jenis gaya pembelajaran murid-murid yang utama iaitu visual, auditori dan kinestetik. Ujian pra yang telah dilakukan menunjukkan hampir separuh daripada bilangan murid tidak mahir sifir untuk memberikan jawapan nisbah dalam bentuk termudah. Dengan terciptanya inovasi ini membolehkan mereka untuk menguasai kemahiran ini dalam jangka masa yang singkat dan secara tidak langsung mengubah persepsi mereka terhadap subjek Matematik. Murid yang terlibat turut dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan kadaran dengan mudah. Malah, mereka dapat mencapai TP6 dalam pentaksiran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi topik ini. Bahan bantu mengajar ini bukan sahaja ringan malah mudah dibawa dan disimpan. Inovasi ini boleh digunakan untuk aktiviti berkumpulan bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan psikomotor. Secara tidak langsung, murid dapat belajar secara kolaboratif dengan rakan lain. Rekaan inovasi ini menyokong Kelestarian amalan kitar semula iaitu dihasilkan daripada butang baju terpakai, bahan terpakai,,kad soalan dan pen marker. Fast and Easy Board 3.0 turut dapat merealisasikan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dan SKPMg2 Standard 4 (4.3.1). Selain itu, papan inovasi ini juga boleh digunakan untuk topik lain seperti tambah, tolak, pecahan dan peratus. Fast and Easy Board 3.0 turut boleh digunakan sebagai permainan bahasa dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Keywords: Matematik, nisbah, kadaran, PBD, auditori, kelestarian, PAK21
Type Your Abstract Here!