NURSHAFINA BINTI ISMAIL POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH , KULIM HITECH PARK
MANGGROW HAIR OIL
Zatil Aqmar Binti Zainudin, Nurshafina Binti Ismail(16DPR23F1018), Fatin Khahidah Binti Mohamad Isa(16DPR23F1034), Nor Farah Farhana Binti Mohamad Shukri(16DPR23F1055), Nureen Aleya Binti Nurul Azwan(16DPR23F1068), Malini A/P Thiagarajan(16DPR23F1012)
(Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah)
Hair problems such as dryness, hair fall, and weak roots are common in Asia, including Malaysia, due to climate, lifestyle, and the widespread use of chemical-based products.In Malaysia , studies have shows that about 70% of the population are the risk of experiencing hair problems due to the use of unsuitable hair care products ( Siti Zarinah Sahib, 2017 ). Most commercial hair products rely on synthetic ingredients that provide limited long-term benefits and may harm scalp health. Therefore, this project introduces Manggrow Hair Oil, a natural hair oil derived from mango seeds, which are often discarded as waste but are rich in nutrients and natural oils. The main objective of this innovation is to develop a safe, eco-friendly, and effective alternative to address common hair issues while supporting Sustainable Development Goal (SDG 12) through sustainable resource utilization. The methodology involves double boil , where finely ground mango seed kernels are blended with natural carrier oils such as extra virgin olive oil and virgin coconut oil, then gently heated in a double boiler at a controlled temperature. The mixture is filtered and preserved with natural vitamin E before being packaged in dark glass bottles to maintain quality. Market research findings reveal that consumers aged 18 and above, both male and female, are increasingly attracted to natural, affordable, and sustainable hair care solutions. Respondents expressed strong interest in trying the product due to its effectiveness and innovative concept. Overall, the findings highlight the high potential of Manggrow Hair Oil to grow as a natural hair care solution that combines innovation, consumer well-being, and environmental sustainability.
Keywords: hair oil, mango seed, natural, innovation, sustainability
MANGGROW HAIR OIL
Zatil Aqmar Binti Zainudin, Nurshafina Binti Ismail(16DPR23F1018), Fatin Khahidah Binti Mohamad Isa(16DPR23F1034), Nor Farah Farhana Binti Mohamad Shukri(16DPR23F1055), Nureen Aleya Binti Nurul Azwan(16DPR23F1068), Malini A/P Thiagarajan(16DPR23F1012)
(Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah)
Masalah rambut gugur, kering dan akar lemah merupakan isu biasa dalam kalangan masyarakat di Asia, termasuk Malaysia, yang dipengaruhi faktor iklim, gaya hidup serta penggunaan produk kimia. Di Malaysia , kajian menunjukkan bahawa kira - kira 70 % daripada populasi berisiko masalah rambut akibat penggunaan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai ( Siti Zarinah Sahib,2017) . Kebanyakan produk komersial berasaskan bahan kimia tidak memberi kesan jangka panjang malah berpotensi menjejaskan kesihatan rambut dan kulit kepala. Oleh itu, projek ini memperkenalkan Manggrow Hair Oil, minyak rambut semula jadi berasaskan biji mangga yang biasanya dianggap sisa, namun kaya dengan nutrien dan minyak semula jadi. Objektif utama inovasi ini ialah menghasilkan alternatif selamat, mesra alam, serta berkesan untuk mengatasi masalah kekeringan, keguguran rambut dan kelemahan akar, di samping menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 12) melalui penggunaan sumber semula jadi secara mampan. Kaedah yang digunakan ialah proses double boil, iaitu biji mangga yang dikisar halus digabungkan dengan minyak pembawa semula jadi seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara. Campuran dipanaskan menggunakan sistem dandang berganda pada suhu terkawal sebelum ditapis dan dibotolkan dalam botol kaca gelap dengan tambahan vitamin E sebagai pengawet semula jadi. Hasil kajian pasaran menunjukkan pengguna berumur 18 tahun ke atas, lelaki dan wanita, lebih cenderung memilih produk mesra alam yang selamat dan mampu milik. Responden juga menunjukkan minat yang tinggi untuk mencuba produk ini kerana keberkesanan dan konsep inovatifnya. Secara keseluruhan, dapatan membuktikan potensi Manggrow Hair Oil untuk berkembang sebagai produk penjagaan rambut semula jadi yang menggabungkan inovasi, keberkesanan dan kelestarian.
Kata kunci: minyak rambut, biji mangga, semula jadi, inovasi, kelestarian