ACE526: FUN WITH DOUBLE-T (FWDT)

RIZUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

K3IC25 | Ace Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 24 times | LS: 24.0
Like it? | Support them now!

Inovasi “TicTac G&U” dan “Pembaris Double-T” merupakan bahan Alat Bantu Belajar (ABB) yang direka khusus untuk membantu murid sekolah rendah dalam menguasai kemahiran asas operasi darab dan bahagi. Kedua-dua inovasi ini lahir daripada keperluan guru untuk mencari kaedah pengajaran yang berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap sifir, yang sering menjadi kelemahan utama dalam pembelajaran matematik. Melalui pendekatan yang mudah, menarik, dan interaktif, kedua-dua alat ini membantu murid mengira dengan lebih cepat, tepat dan mengurangkan kecuaian dalam pengiraan.

 

“TicTac G&U” menekankan penggunaan operasi tambah sebagai asas dalam membantu murid memahami dan menyelesaikan operasi darab menggunakan kaedah “Lattice” serta operasi bahagi melalui kaedah “Pagar”. Manakala “Pembaris Double-T” pula berfungsi sebagai panduan visual dan manipulatif untuk membantu murid Tahun 4 hingga Tahun 6 membina sifir dua digit secara sistematik, sekaligus meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep pendaraban dan pembahagian.

 

Kedua-dua inovasi ini berlandaskan Teori Pembelajaran Konstruktivisme, yang menekankan pembelajaran aktif melalui penerokaan, interaksi, dan pembinaan pengetahuan secara kendiri. Murid bukan sahaja menerima maklumat secara pasif, tetapi turut terlibat secara aktif dalam membina kefahaman mereka sendiri terhadap konsep sifir dan operasi asas matematik. Melalui penggunaan bahan ini, murid dapat berfikir secara kritis, kreatif, dan lebih yakin dalam menyelesaikan masalah matematik. Secara keseluruhannya, inovasi “TicTac G&U” dan “Pembaris Double-T” ini berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, bermakna dan efektif dalam meningkatkan penguasaan operasi darab dan bahagi di peringkat sekolah rendah.