PNR759: SIFU MERAMAL A03401

BRYAN IBAU PETER KOLEJ VOKASIONAL MIRI

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 19 times | LS: 19.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini membentangkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik dengan memperkenalkan konsep SIFU, di mana 34 pelajar Sijil Vokasional Kolej Vokasional Miri dipilih daripada 213 pelajar berdasarkan prestasi mereka dalam Matematik (gred A/A- atau berpotensi menjadi fasilitator) pada semester 1. Pendekatan ini bertujuan meningkatkan PNGK Matematik Semester 2 melalui penghasilan soalan berbentuk peperiksaan sebenar berdasarkan format kertas A03201 tahun 2020 hingga 2023. Pembinaan soalan bermula pada 13 Januari 2025, dan pada 7 Februari, cantuman soalan menjadi kertas ramalan untuk diuji bersama rakan-rakan lain. Dua set soalan dibangunkan dan diuji antara 8 hingga 16 Februari 2025, sebelum digunakan dalam kelas tambahan pada 20 Februari 2025 kepada 177 pelajar lain. Keberkesanan inovasi ini dianalisis berdasarkan keputusan akademik pada 6 Mac 2025, di mana PNGK SIFU meningkat daripada 3.2 (gred B) kepada 3.79 (gred A-), manakala PNGK keseluruhan kohort 2024 meningkat daripada 1.97 (gagal) kepada 3.19 (gred B). Peratus lulus keseluruhan meningkat daripada 54.5% kepada 95.73%, dengan peningkatan pelajar memperoleh gred A/A- daripada 5.2% kepada 38.4%. Maklum balas daripada 34 Sifu menunjukkan bahawa pembelajaran berbantu fasilitator pelajar meningkatkan keyakinan dan kemahiran pemahaman merek