NVR522: META-D

NOOR KHALEEDA BINTI MUHAMMAD KHAIREL SEKOLAH KEBANGSAAN (1) GOMBAK

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 19 times | LS: 19.0
Like it? | Support them now!

 

Meta-D merupakan inovasi yang dihasilkan oleh murid-murid bagi membantu mereka mengukuhkan pemahaman dalam pembelajaran secara dinamik. Murid-murid mengaplikasi proses pengulangan dalam konteks pembelajaran terbeza bagi membina pemahaman terhadap sesuatu topik mata pelajaran. Kaedah pengulangan, pembelajaran terbeza dan bimbingan rakan sebaya diterapkan dalam inovasi Meta-D ini. Rakan sebaya yang telah menguasai kemahiran tertentu dalam suatu topik mata pelajaran diberikan dorongan bagi membimbing rakan yang lain. Set-set soalan dibina merangkumi soalan-soalan yang membezakan arahan berdasarkan kandungan (apa yang murid pelajari), proses (bagaimana murid belajar) dan produk (bagaimana murid menunjukkan penguasaan pengetahuan atau kemahiran).

 

Oleh kerana tiada suatu model tetap untuk pembelajaran terbeza, maka pembinaan soalan-soalan dalam inovasi Meta-D ini memberi peluang kepada murid-murid untuk membina soalan mereka sendiri berdasarkan kepada pengetahuan, minat dan kebolehan terdahulu dalam pelbagai mata pelajaran. Gabungan idea pengembangan pelajaran secara dinamik daripada murid kepada murid ini mengetengahkan konsep permainan yang diketahui kebanyakan umum iaitu penggabungan permainan dam ular dan sebahagian idea permainan Saidina.

 

Setiap pemain akan menggerakkan roda nombor. Jika mendapat nilai empat, pemain bergerak empat langkah pada papan permainan dan mereka perlu menjawab soalan yang dikemukakan. Markah akan diberikan mengikut jawapan yang tepat. Pada petak-petak permainan disediakan juga dengan petak META TIME. Pemain yang berada di petak ini perlu mengambil soalan kad cepu emas yang disediakan. Mereka yang berjaya menjawab soalan ini akan digandakan markah. Permainan ini dilaksanakan mengikut anggaran durasi masa selama 10 minit. Peserta yang mengumpul markah terbanyak dikira sebagai pemenang.