NVR654: MODEL SIFIR SEGITIGA

VARSHAAN A/L R.PIRABU SJKT LADANG BANOPDANE

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 18 times | LS: 18.0
Like it? | Support them now!

Inovasi Model Sifir Segitiga (SS) dihasilkan bagi membantu murid sekolah rendah yang lemah dan kurang berminat menghafal sifir. Penguasaan sifir 2- 9 amat penting untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi dengan berkesan. Berdasarkan pemerhatian, ramai murid menghadapi kesukaran menghafal sifir secara tradisional, justeru pendekatan berbentuk permainan digital diperkenalkan melalui aplikasi mudah alih Model sifir segitiga (SS). Aplikasi ini direka berasaskan konsep penambahan nombor yang menjadi asas kepada sifir. Murid dapat memahami dan menguasai sifir melalui aktiviti interaktif menggunakan model sifir segitiga yang terdiri daripada 9 segitiga kecil.Murid hanya perlu menyeret jawapan ke dalam segitiga yang betul sehingga lengkap. Aplikasi ini turut menyediakan video penerangan, panduan bermain serta fungsi semak jawapan, reset dan hantar ke telegram bagi merekod jumlah pengguna yang telah menggunakan aplikasi ini. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan ini, murid dapat belajar dengan lebih seronok, interaktif dan tanpa tekanan menghafal. Kajian awal menunjukkan murid lebih cepat memahami konsep sifir dan menunjukkan minat yang meningkat terhadap Matematik. Inovasi ini diharap dapat menjadi satu alternatif berkesan untuk membantu murid pemulihan menguasai asas sifir secara mudah, menyeronokkan dan bermakna.