PNR656: THINK SEJARAH

NUR MIA DANIA BINTI JALIL MRSM JOHOR BAHRU

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 26 times | LS: 26.0
Like it? | Support them now!

Sejarah adalah dikatakan satu subjek teras yang mewajibkan pelajar perlu lulus bagi subjek ini bagi mendapatkan sijil SPM. Walaubagaimanapun, isi kandungan yang padat dan sukar difahami menyebabkan pelajar sukar untuk menghafal fakta serta bosan mempelajari subjek ini kerana dikatakan subjek yang menghafal tentang peristiwa-peristiwa masa lalu yang tidak mempunyai kaitan terhadap kehidupan pelajar. Sememangnya subjek sejarah ini merupakan satu subjek yang mempunyai elemen disiplin konsep pemikiran sejarah yang memerlukan pelajar perlu faham terhadap peristiwa dan kronologi serta iktibar peristiwa tersebut untuk digunakan pada masa kini. Namun, anggapan pelajar terhadap subjek ini yang menyatakan sangat membosankan menyebabkan ramai yang gagal dan tidak berminat terhadap subjek ini. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah pembelajaran ini, kaedah pembelajaran ulangkaji secara digital diperkenalkan agar pelajar meneroka fakta-fakta yang lebih menarik dan seterusnya mampu mengingat fakta sejarah dengan lebih mudah. Dengan demikian, pengenalan inovasi pdp sejarah berasaskan teknologi merupakan satu strategi penting bagi meningkatkan kualiti pencapaian prestasi pelajar.