NVR295: ROUNDING UP NUMEROUS PLUS ONE PLUS ZERO

KALAIMAGAL A/P KAMALANATHAN SJK(T) GERIK

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 14 times | LS: 14.0
Like it? | Support them now!

 

Kajian penyelidikan dalam PdPc yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan teknik Rounding Up Numerous Plus One Plus Zero untuk memantapkan lagi pemahaman murid dalam topik pembundaran nombor dalam matapelajaran Matematik Tahun 4 dan 5. Teknik pendekatan belajar menggunakan teknik ini dapat membantu murid-murid SJK(T) Gerik memahami topik pembundaran nombor dengan mudah dan cepat. Kajian berbentuk ini menggunakan pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Seramai 5 orang murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gerik Perak Darul Ridzuan dipilih sebagai sampel kajian. Hasil tinjauan awal mendapati murid masih lemah dan keliru dalam pemahaman topik pembundaran nombor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik ini mendorong murid menjadi aktif semasa PdPc, tidak keliru malah menjadikan PdPc lebih menarik dan menyeronokkan, mencapai objektif pembelajaran secara mudah, dapat menguasai topik pembelajaran dan memperoleh skor yang baik dalam ujian. Ia juga dapat meningkatkan kualiti pembelajaran di dalam bilik darjah.