NVR394: EduRecyclAR

FEERASH HAKIMI BIN MOHD ZULKHAIRI SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA CHEMPLAK

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 41 times | LS: 41.0
Like it? | Support them now!

EduRecyclAR ialah inovasi pendidikan alam sekitar berasaskan laman pembelajaran interaktif yang direka untuk meningkatkan kesedaran kitar semula dalam kalangan murid sekolah rendah. Berdasarkan kajian KPKT (2023) yang mendapati hanya 30% murid memahami konsep kitar semula, projek ini memperkenalkan kaedah pembelajaran digital yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Melalui aplikasi EduRecyclAR, murid hanya perlu mengimbas melayari laman aplikasi ini yang memberi maklumat serta kuiz interaktif bagi menguji kefahaman. Dibangunkan menggunakan Canva Code secara percuma, projek ini tidak memerlukan sebarang kos r untuk reka bentuk. EduRecyclAR bukan sahaja meningkatkan pengetahuan alam sekitar tetapi juga memupuk motivasi murid mengamalkan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle), menggalakkan pembelajaran kendiri dan kolaboratif, serta menyokong guru dalam pengajaran berasaskan teknologi. Dengan potensi untuk diperluas kepada versi lebih canggih dan dikomersialkan di sekolah-sekolah lain, EduRecyclAR berperanan penting dalam membina generasi celik alam sekitar dan mahir teknologi.