NVR439: TRASHFORMERS CRAFT : Bottle Cap Artistry

NUR AISYAH RAUDHAH BINTI SAHARUDDIN SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK

Projek Trashformers Craft merupakan inovasi mesra alam yang memanfaatkan penutup botol plastik untuk dijadikan hiasan kreatif dan unik. Melalui pendekatan kitar semula, penutup botol yang biasanya dianggap sisa akan dibersihkan, disusun dan digubah menjadi sesuatu yang bermanfaat dan kreatif. Inovasi ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran plastik, malah memberi nilai baharu kepada bahan buangan. Projek ini juga memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan kelestarian alam sekitar melalui seni dan kreativiti, sambil menyediakan alternatif kos efektif untuk menghasilkan hiasan yang berwarna-warni, tahan lama, dan sesuai untuk pelbagai ruang kediaman atau sekolah