SHAZA DHIYA DALILA BINTI SHAAFUAAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
ABSTRAK
Banjir merupakan bencana alam yang kerap melanda Malaysia dan memberi kesan besar terhadap keselamatan, ekonomi serta kesejahteraan masyarakat. Inovasi Flood Box diperkenalkan sebagai solusi pencegahan awal dengan mekanisme automatik yang diaktifkan apabila paras air meningkat. Reka bentuk ini menekankan penggunaan bahan mesra alam, kos efektif dan mudah diperoleh, menjadikannya praktikal untuk komuniti berisiko banjir. Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Flood Box menyokong SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan serta SDG 13: Tindakan Iklim melalui usaha meningkatkan daya tahan dan adaptasi terhadap perubahan iklim.