Anis Hadirah Binti Sulaiman Sekolah Kebangsaan Abdullah
| Malaysia terkenal dengan hutan tropika, habitat spesies terancam seperti Harimau Malaya dan Gajah Asia. Namun, konflik manusia-haiwan semakin membimbangkan dengan 42 kematian dilaporkan antara 2019–2023. Inovasi ini membangunkan sistem pengesanan haiwan liar berasaskan AI dan IoT yang mampu memberi amaran awal kepada komuniti pinggir hutan secara masa nyata. Menggunakan gabungan sensor dan pengecaman pintar, sistem ini boleh disepadukan pada telefon pintar atau berfungsi secara pegun. Teknologi ini bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa, malah memberi akses digital kepada komuniti berisiko, seterusnya meningkatkan keselamatan, sosio-ekonomi dan pemuliharaan hidupan liar secara lestari. |