BHAVEESHA A/P KUHENESH SK TAMAN INDAHPURA 2
Kajian ini menilai keberkesanan permainan inovatif MathKick, permainan papan berkonsepkan bola sepak, dalam meningkatkan minat dan penguasaan Matematik murid sekolah rendah. Berdasarkan pendekatan gamifikasi, MathKick menggunakan lego, dadu dan kad soalan pelbagai aras bagi menjadikan PdPc lebih menyeronokkan serta berpusatkan murid. Kajian di SK Taman Indahpura 2 menunjukkan 85% murid lebih berminat dan markah meningkat 23% selepas empat minggu. Guru turut mendapati murid lebih fokus, berdaya saing dan aktif. Walaupun terdapat cabaran masa dan bahan, MathKick terbukti berkesan serta menyokong aspirasi KPM memperkukuh pendidikan STEM.