NUR DHIA AIRINA BT ROSLAN SK SAUJANA
PROJEK ‘SABUN CUCI PAKAIAN SAKSESS’ SEBAGAI MEDIUM TRANSFORMASI KELEMAHAN KEPADA KEKUATAN MURID DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN SAINS DALAM UNSUR PENGHASILAN PRODUK MELALUI PENDIDIKAN DIGITAL DIDIK HIBUR
Abstrak:
Projek PBL STEM Bersepadu ini melibatkan murid Tahun 5 SK Saujana dalam penghasilan sabun cuci pakaian menggunakan plant-based surfactants, thickeners, foam booster, dan antibacterial premix melalui kaedah pembelajaran sains berasaskan kajian lapangan. Pendekatan didik hibur dan pembelajaran digital digabungkan untuk meningkatkan kefahaman konsep sains, inovasi, dan kepentingan ekonomi hijau serta kelestarian hidup masa kini. Murid bukan sahaja didedahkan kepada kemahiran saintifik dan kreativiti dalam proses mereka bentuk sabun mesra alam, malah diberi ruang meneroka penyelesaian baharu yang lebih lestari. Sebelum projek, murid berprestasi lemah kurang keyakinan dan kemahiran amali, tetapi selepas melalui proses kolaborasi, inkuiri saintifik, dan penggunaan teknologi digital, mereka menunjukkan peningkatan dari segi daya cipta, komunikasi, dan keberanian mencuba idea baharu, manakala murid berpotensi tinggi pula berjaya mempamerkan inovasi dan kemahiran berfikir aras tinggi, menjadikan projek ini sebagai pemangkin pembelajaran holistik yang menyeronokkan dan berimpak tinggi, malah didedahkan kepada penggunaan teknologi digital seperti QR Code, video interaktif, dan lagu pembelajaran bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. Kaedah ini bukan sahaja memupuk kreativiti dan inovasi, malah membantu murid berprestasi lemah untuk memahami konsep sains dengan lebih mudah melalui pendekatan visual, muzik, dan interaktif, sekali gus membina keyakinan diri dan kemahiran abad ke-21 selaras dengan tuntutan pendidikan masa kini. Projek PBL STEM Bersepadu bertajuk Sabun Cuci Pakaian di SK Saujana membuktikan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran digital dan elemen didik hibur mampu mentransformasi murid berprestasi lemah menjadi peserta paling cemerlang dalam penghasilan produk inovatif. Melalui pengintegrasian teknologi seperti video interaktif, QR Code, dan platform pembelajaran digital, murid lemah diberi peluang belajar mengikut rentak sendiri secara lebih menyeronokkan, mudah diakses, dan berulang kali tanpa tekanan. Hasilnya, mereka bukan sahaja memahami konsep sains di sebalik pembuatan sabun berasaskan plant-based surfactants, thickeners, foam booster, dan antibacterial premix, malah berjaya mencapai peratusan tertinggi dalam kualiti produk berbanding rakan sebaya. Pencapaian ini membuktikan bahawa inovasi digital dalam PBL STEM bukan sahaja meningkatkan kemahiran kognitif, malah memupuk keyakinan, kreativiti, dan daya saing murid dalam pembelajaran abad ke-21.