ACE687: VENTILATED LOCKER-BASED BIN WITH INTERGRATED NEUTRALIZER 2.0

RAJA MUHAMMAD AZHAR BIN RAJA JAMLEE KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

K3IC25 | Ace Innovator

CR: 0.0857 | 3 Likes | 35 Views | 24 times | LS: 27.3
Like it? | Support them now!

Pengurusan sisa elektronik (e-waste) dan keselamatan peralatan bengkel merupakan cabaran utama dalam persekitaran pembelajaran teknikal, khususnya di bengkel elektronik. Oleh itu, projek ini dibangunkan dengan nama Ventilated Locker-Based Bin with Integrated Neutralizer 2.0, iaitu satu innovasi Peti Pelbagai Guna Pintar Berasaskan Iot ESP 32  yang direka khas untuk bengkel elektronik dalam konteks TVET, yang menggabungkan fungsi loker pintar untuk menyimpan peralatan elektronik dan menguruskan e-waste elektronik. Sistem ini menggunakan RFID sebagai pilihan utama untuk mengakses loker, manakala aplikasi Blynk berfungsi sebagai pilihan kawalan kecemasan. Selain itu, projek ini turut dilengkapi dengan sistem kawalan kualiti udara menggunakan kipas ekzos dan hos yang disambungkan terus ke meja kerja pelajar atau pekerja bagi menyedut asap semasa kerja elektronik dijalankan, menapisnya, dan melepaskan udara segar kembali ke dalam persekitaran bengkel. Metodologi projek ini melibatkan reka bentuk litar dan simulasi awal menggunakan Tinkercad, diikuti dengan integrasi modul RFID dan Blynk melalui mikropengawal ESP32. Unit ventilasi juga diuji bagi memastikan proses sedutan, penapisan, dan peredaran udara segar dapat berfungsi dengan berkesan. Hasil projek menunjukkan bahawa sistem ini mampu meningkatkan keselamatan penyimpanan peralatan bengkel elektronik, memastikan pengurusan e-waste yang lebih sistematik, serta mengekalkan persekitaran bengkel yang bersih, selamat, dan sihat. Projek ini juga dapat menyokong amalan TVET dengan menyediakan penyelesaian praktikal untuk latihan vokasional. Kesimpulannya, projek ini berpotensi menjadi penyelesaian praktikal bagi Kolej Vokasional, pusat latihan teknikal, dan tempat kerja dalam bidang elektronik. Ia bukan sahaja menyokong pembelajaran dan latihan berasaskan TVET, malah dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir, inovatif, dan berdaya saing.