MUHAMMAD DANIAL IKHWAN BIN MOHD YUSUP KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR
Easy Grading System (EGS) ialah satu alat dan sistem inovasi yang direka khas bagi memudahkan proses penggredan ikan ternakan mengikut saiz dan berat dengan lebih cepat, tepat dan efisien. Inovasi ini dibangunkan sebagai alternatif kepada kaedah manual yang mengambil masa lama serta berisiko tinggi menyebabkan kecederaan pada ikan dan pengguna. Alat Easy Grading System (EGS) menggunakan konsep mekanikal dan sistem pengukuran bersepadu, di mana ikan akan melalui laluan penggredan yang direka dengan ukuran tertentu untuk mengasingkan ikan mengikut kategori saiz secara automatik. Sistem ini turut boleh disesuaikan dengan model kolam ternakan yang sebenar dan boleh digunakan untuk pelbagai spesies ikan air tawar seperti tilapia, patin dan keli. Melalui penggunaan Easy Grading System (EGS), masa kerja dapat dijimatkan ,tenaga kerja dapat dikurangkan, ketepatan penggredan meningkat, dan kadar stres ikan semasa proses penggredan dapat dikurangkan. Inovasi ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecekapan kerja di kolam ternakan, tetapi juga menyokong amalan akuakultur moden yang produktif dan lestari.