ACE521: ROKET KESATRIA KIT 2.0

MUHAMMAD NAZREY BIN SABLI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN

K3IC25 | Ace Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 18 Views | 45 times | LS: 45.0
Like it? | Support them now!

Projek Roket Kesatria Kit 2.0 merupakan sebuah projek inovasi yang telah menggunakan teknologi robotik iaitu Microbit dan Edubit, Augmented Reality serta aplikasi Wordswall dan digabungkan dengan bahan bantu mengajar secara tradisonal untuk dijadikan sebagai pendekatan pedagogi kepada guru untuk memastikan murid menguasai tajuk Sistem Suria yang terdapat dalam DSKP Sains Tahun 3. Projek ini adalah versi penambahbaibaikan di mana ia mempunyai mnemonic dan tempat penyimpanan yang lebih mudah untuk meningkatkan nilai komersial. Masalah yang dihadapi oleh para guru ialah murid sukar untuk menghafal kedudukan planet dan cirinya. Di samping itu, tajuk sistem suria mempunyai aktiviti amali yang kurang menyebabkan tajuk ini sukar dikuasai. Nama dan ejaan planet yang sukar disebut dan diingati juga menjadi masalah terutamanya kepada murid dengan masalah disgrafia.  Objektif utama projek ini adalah menawarkan alternatif BBM dalam bentuk tradisonal dan teknologi digital.Selain itu, membantu murid menyenaraikan dan menghafal kedudukan planet daripada matahari dengan betul dan mudah. Selain itu, memudahkan murid untuk menguasai ciri-ciri khas dan mengitlak suhu dalam setiap planet melalui permainan dalam projek yang dihasilkan. Akhir sekali, membantu murid dengan masalah disgrafia untuk menulis dan memberi jawapan. Kajian telah menunjukkan hasil yang positif bahawa projek ini telah menepati DSKP, memudahkan pemahaman murid dan menjadikan PdPc lebih mudah, seronok dan menarik. Antara cadangan penambahbaikan yang dapat dilaksanakan adalah mempelbagaikan lagi tahap kesukaran soalan dalam projek untuk meningkatkan kemahiran berfikir murid setelah menggunakan projek ini.