ACE704: DUALOVERA JELLY

AFIQAH UMAIRAH BINTI MOHD FUAD Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor

K3IC25 | Ace Innovator

CR: 0.1081 | 4 Likes | 37 Views | 26 times | LS: 30.4
Like it? | Support them now!

Produk inovasi DuaLOVEra Jelly dihasilkan bagi menangani keperluan pengguna yang sering menggunakan pelbagai produk berasingan bagi tujuan kecantikan dan kesihatan. Produk ini dihasilkan berasaskan bahan semula jadi seperti aloe vera, madu dan lemon, yang membantu melembapkan, menenangkan serta menyihatkan kulit dari dalam dan luar. Objektif utama inovasi ini adalah untuk menjimatkan masa, kos dan sumber pengguna melalui konsep 2-dalam-1 yang praktikal dan mesra alam. Dengan keunikan produk yang boleh dimakan dan digunakan pada kulit, DuaLOVEra Jelly berpotensi tinggi untuk dikomersialkan dalam industri makanan sihat dan kecantikan semula jadi selaras dengan gaya hidup moden.