MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN KAMARUL NIZAM Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan
Seiring dengan perkembangan teknologi, pengurusan aduan secara manual di kolej kediaman menjadi kurang efisien dan memakan masa. Di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, pelajar perlu mengisi borang secara manual dan menyerahkannya kepada warden sebelum tindakan diambil. Ini menyebabkan kelewatan dalam proses penyelenggaraan dan keselamatan. Jadi, Sistem E-Aduan pelajar berkaitan kerosakan dan keselamatan asrama dibangunkan bagi memudahkan penghuni kolej kediaman membuat aduan secara atas talian. Sistem ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pelaporan, meningkatkan ketelusan dalam pengurusan aduan, serta memastikan penyelenggaraan dilakukan dengan lebih sistematik dan teratur. Dengan adanya sistem ini, pihak pengurusan kolej dapat mengurus aduan dengan lebih efisien, sekali gus menaik taraf pengurusan kolej kediaman ke arah yang lebih moden dan berteknologi.