NUR QISTINA HERYSHA BINTI MOHD HAIRI HARIZAL KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG
Sistem Lampu Pengawal Pintar Mudah Alih atau lebih dikenali sebagai eFLAG SIGNAL SYSTEM merupakan satu inovasi baru bagi kegunaan pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam kawalan lalulintas untuk kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan atau pergerakan kenderaan secara teratur dan selamat. Jika sekarang ini penggunaan pengawal bendera lalulintas ketika kerja-kerja sedang dijalankan agak meluas dan diganti pula dengan menggunakan sistem mekanik berbentuk manusia yang juga menjaga lalulintas sambil mengibarkan bendera bagi memaklumkan kepada pengguna jalanraya bahawa kerja-kerja penyelenggaraan atau pembaikan sedang dijalankan. Keadaan ini dilihat kurang praktikal kerana pekerja yang ditugaskan berkemungkinan tidak mempunyai kemahiran dan autoriti untuk mengendalikan lalulintas. Justeru itu pihak pengurusan terpaksa menggaji pekerja tambahan untuk mengawal lalulintas dan kos penyelenggaraan akan meningkat. Bagi mengatasi kos dan risiko yang akan ditanggung oleh pengurusan terutamanya kontraktor atau pihak-pihak berkepentingan, maka eFLAG SIGNAL SYSTEM ini menjadi satu alternatif baru dalam kawalan lalulintas semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan terutama dikawasan jalan raya yang berselekoh atau terlindung. Sistem yang digunakan adalah sama seperti lampu isyarat lalu lintas yang biasa dipasang di simpang-simpang jalan tetapi berfungsi secara bergilir-gilir dengan dua set lampu tanpa wayar (wireless), mempunyai pemasa yang boleh ditetapkan untuk nyalaan lampunya, mempunyai penderia jarak, paparan titik sebelum lampu hijau bertukar ke merah serta keseluruhannya, binaan dari bahan PVC yang kalis air dan ringan untuk dibawa atau dipindahkan. eFLAG SIGNAL SYSTEM ini juga hanya menggunakan bekalan kuasa AT 6-12V sahaja. Baterinya yang digunakan dari jenis yang boleh dicas semula. Diharapkan supaya eFLAG SIGNAL SYSTEM ini akan menjadi salah satu rekaan inovasi baru yang lebih efisien dan selamat digunakan pada masa hadapan di Malaysia seterusnya ke persada luar negara sebagai satu produk Malaysia.