PNR765: Subset Sunset

ALIYA ADLINA BINTI SUHARDI KOLEJ VOKASIONAL MIRI

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0526 | 1 Likes | 19 Views | 18 times | LS: 19.1
Like it? | Support them now!

Inovasi "Sunset Subset" ini memperkenalkan kaedah main peranan (role-play) untuk meningkatkan penguasaan topik subset dalam Matematik Semester 2 bagi 211 pelajar Kohort 2024 Kolej Vokasional Miri. Menangani kelemahan ketara pelajar dalam menyenaraikan dan menentukan bilangan subset, "Sunset Subset" berlandaskan Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura. Pelaksanaan dari 17 Disember 2024 – 21 Februari 2025 melibatkan pembimbingan rumus , penghasilan video pembelajaran, dan galakan pelajar menghasilkan soalan. Hasilnya amat memberangsangkan: PNGK keseluruhan pelajar melonjak dari 1.97 kepada 3.13, kegagalan menurun drastik dari 97 kepada 9 orang, dan pelajar gred A meningkat dari 14 kepada lebih 80 orang. Kesemua 64 pelajar "rising star" (gred D sebelumnya) berjaya lulus. Pencapaian ini diiktiraf dalam Majlis Aspirasi (14 Mei 2025) dengan 134 anugerah peningkatan. Soal selidik turut mengesahkan peningkatan minat dan kemahiran pelajar