NVR214: DohWarm

AWANG HARITH ZAQWAN BIN AWANG JAMALI SK. GADONG, BEAUFORT

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 12 Views | 43 times | LS: 43.0
Like it? | Support them now!

Proses fermentasi merupakan fasa penting dalam penghasilan roti yang berkualiti, di mana yis bertindak balas dengan gula untuk menghasilkan gas karbon dioksida yang mengembangkan doh. Namun, kejayaan proses ini sangat bergantung kepada suhu persekitaran yang sesuai, lazimnya suhu bilik yang suam. Semasa sesi pembelajaran Kemahiran Hidup Asas, kumpulan kami ditugaskan menyediakan mini piza sebagai hidangan minum petang. Proses penyediaan terganggu apabila doh mengambil masa sehingga 40 minit untuk mengembang akibat suhu bilik yang sejuk disebabkan cuaca hujan. Situasi ini menimbulkan persoalan tentang bagaimana untuk memastikan proses fermentasi tetap berlaku dengan efisien walaupun suhu persekitaran tidak menentu. Justeru, objektif inovasi ini adalah untuk menghasilkan satu alat bantu yang mampu menyediakan ruang fermentasi yang konsisten dan terkawal dengan suhu ideal bagi membantu mempercepatkan pengembangan doh. Kaedah yang digunakan termasuklah pemerhatian melalui senarai semak, perbualan bersama guru dan pembuat roti, serta eksperimen membina dan menguji keberkesanan DohWarm. Kotak DohWarm ini diperbuat daripada bahan mudah didapati dan dilengkapi dengan mentol pijar yang menghasilkan haba, selain itu, kami juga menggunakan kaedah wap air panas sebagai suhu lembab yang akan menaikkan suhu di dalam kotak DohWarm. DohWarm ini akan mengurung suhu sehingga 40 celsius iaitu suhu ideal untuk aktiviti yis mengembang. Hasil dapatan menunjukkan perbezaan ketara kerana doh yang diperam dalam suhu bilik memerlukan 40 minit untuk mengembang, manakala doh dalam DohWarm hanya mengambil masa 20 minit, didapati pengurangan masa sebanyak 20 minit. Kesimpulannya, inovasi DohWarm ini terbukti mampu menyelesaikan masalah fermentasi doh dalam keadaan suhu tidak menentu, menjimatkan masa, serta memberi nilai tambah dalam pembelajaran berbentuk amali dan penyelesaian masalah. Inovasi ini bersifat praktikal, kos rendah, dan wajar diperluas penggunaannya sebagai alat bantu pengajaran dan kemahiran harian.