PNR508: ROBLOX  ATOMIC PATHWAY

UMAR IMRAN BIN AZHAR SMK GOMBAK SETIA

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 40 Views | 42 times | LS: 42.0
Like it? | Support them now!

ABSTRAK –ROBLOX  ATOMIC PATHWAY

Roblox Atomic Pathway merupakan permainan pendidikan interaktif yang dibangunkan bagi membantu murid memahami konsep asas kimia, khususnya dalam topik mengira nombor proton dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Permainan ini direka bentuk dengan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan (gamifikasi) untuk menarik minat dan meningkatkan penglibatan murid semasa pembelajaran. Melalui elemen interaktif seperti misi, ganjaran dan cabaran berperingkat, murid dapat menguasai kemahiran mengenal pasti nombor proton dengan lebih menyeronokkan dan bermakna. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan Roblox Atomic Pathway bukan sahaja meningkatkan kefahaman konsep tetapi juga memupuk minat murid terhadap pembelajaran Sains melalui platform digital yang mudah diakses dan mesra pengguna.