MUHAMMAD BAAHY AMSYAR BIN CHE KHAIRUL AZLI SMK BESERAH,KUANTAN
Ramai pengguna mesin basuh cenderung memuatkan kain melebihi had yang telah ditetapkan, sama ada secara sengaja atau tidak. Tindakan ini menyebabkan mesin mudah rosak, hasil cucian kurang bersih, serta peningkatan penggunaan elektrik dan air. Ketiadaan alat yang mudah dan tepat untuk menimbang kain sebelum mencuci menjadi punca utama isu ini berlarutan.Laundry Sense ialah sebuah bakul pakaian pintar yang dilengkapi sensor load cell dan Arduino untuk menimbang berat kain secara automatik sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Sistem ini dibina menggunakan komponen elektronik asas (load cell, HX711, buzzer, LED, dan paparan LCD) yang dipasang dalam struktur bakul biasa. Kod Arduino diprogram khas untuk memberi amaran bunyi dan visual jika berat melebihi had (contoh: 7kg). Laundry Sense ini mempunyai ciri-ciri yang efisian dan menarik Dimana ia akan dipasangkan penimbang automatik menggunakan sensor load cell serta paparan berat secara digital (LCD/OLED).Bakul ini juga akan dilengkapi dengan LED dan buzzer untuk menghantar amaran dan menerima notifikasi ke telefon bimbit sekiranya bakul pakaian telah penuh atau melebihi had yang telah diprogramkan.Projek inovasi ini dapat mengurangkan risiko kerosakan mesin basuh,menjimatkan kos penyelenggaraan dan tenaga,meningkatkan kualiti cucian dan pengurusan pakaian,mendidik pengguna tentang amalan cucian yang .Bakul ini sesuai digunakan di rumah, asrama, pusat dobi, atau premis perniagaan.Laundry Sense menawarkan solusi ringkas, pintar dan praktikal dalam memastikan penggunaan mesin basuh secara optimum, menjadikan aktiviti mencuci lebih efisien, selamat dan mesra pengguna.