PNR38: PAPER SAILS PM

AMMAR EZZUDIN BIN MOHD NIZAM KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 50 times | LS: 50.0
Like it? | Support them now!

Paper sails (layar kertas) merupakan salah satu hiasan kek yang popular, murah, mudah dihasilkan, tampak kreatif, unik dan menarik. Ia biasanya diperbuat daripada tepung beras, kanji, air dan pewarna. Ia boleh dibentuk dan dikeringkan kepada bentuk yang kreatif mengikut tema kek. Kulit manggis diklasifikasikan sebagai bahan terbuang tetapi kaya dengan pelbagai khasiat pemakanan mengandungi serat selulosa, bahan bioaktif  bersifat antioksida, anti inflamasi dan anti radang. Pemilihan kulit manggis sebagai bahan utama penghasilkan layar kertas bagi mengoptimumkan kegunaannya sebagai bahan yang bermanfaat. Kulit manggis bahagian perikarpa telah dikisar halus bersama 20% isi manggis, kanji ubi kentang dan air bagi menghasilkan adunan pes cair seterusnya dipanaskan di dalam ketuhar selama 45 saat bagi menggeringkan teksturnya. Layar kertas yang dikeringkan boleh terus digunakan sebagai bahan hiasan kek atau boleh juga ditambah pewarna bagi mencantikkan lagi layar kertas tersebut. Struktur layar boleh dikemaskan lagi dengan membentuk layar menjadi bentuk yang lebih artistik mengikut tema tertentu. Layar kertas perkarpa kulit manggis ini telah menambah sensori produk dari segi kekenyalan pada tektur, aroma buah manggis, rasa manis semulajadi dan rupa bentuk yang unik. Layar kertas ini juga boleh dijadikan sebagai hiasan kepada produk makanan yang lain seperti salad, pengiring hidangan utama dan juga hiasan konfeksioneri yang lain. Penghasilan projek seperti ini menggalakkan pelajar mengaitkan  pengetahuan, kemahiran  dan kebolehan mereka  sepanjang  berada  di  Kolej  Vokasional  terutama bagi kursus Pembuatan Kek seperti  yang  digariskan  dalam Kerangka  Kelayakan  Malaysia.