AISYAH BALQIS BINTI HAMZAH SEKOLAH KEBANGSAAN PAYANG
Inovasi A-KILLER merupakan sebuah tugasan PBL bagi mencapai Standard Kandungan 8.2 Sifat Bahan dan Standard Pembelajaran 8.2.2 Mereka cipta objek dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang sifat bahan serta Standard Pembelajaran 8.2.3 Menaakul pemilihan jenis bahan yang digunakan dalam mereka cipta objek. Pemilihan penghasilan inovasi ini juga bertujuan bagi memanfaatkan sampah kertas buangan yang terlalu banyak dibuang di kawasan sekolah. Bahan sisa kertas telah digunakan sebagai bahan utama dalam menghasilkan projek inovasi ini. Projek inovasi ini telah dilaksanakan dari bulan Mei 2025 sehinggalah sekarang. Hasil dapatan data menunjukkan sisa buangan kertas dapat dikitar semula dengan menjadikannya sebagai kiub penghalau nyamuk dan serangga. Hasil dapatan data juga menunjukkan bahan inovasi mampu bertahan sebagai penghalau nyamuk dan seranggan selama 4 minggu jika diletakkan di kawasan tertutup. Manakala, jika dibakar ianya mampu bertahan selama 30 minit. Ini kerana sifat bahan buangan tersebut dapat menyerap cecair dan wangian yang dihasilkan oleh serai wangi, serbuk cili merah dan bunga cengkih. Kajian inovasi ini juga telah dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan PDCA (Plan, Do, Check, Action). Inovasi A-Killer ini telah disebarluaskan penggunaannya dalam aktiviti harian pengguna.