NUR AFRINA HENG BINTI ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL MUAR
Projek FlexiThrow ialah satu inovasi gelanggang lontar peluru mudah alih yang direka bentuk berasaskan piawaian World Athletics. Inovasi ini bertujuan menyediakan kemudahan latihan dan pertandingan sukan lontar peluru yang lebih mudah diakses, mesra alam serta kos efektif. Reka bentuk modular FlexiThrow menggunakan bahan aluminium dan mesh tape membolehkan pemasangan pantas, mudah dibawa dan disimpan tanpa memerlukan pembinaan kekal. Inovasi ini menyokong agenda pembangunan lestari melalui penggunaan bahan boleh kitar semula dan pengurangan kesan karbon. Selain itu, projek ini memperkukuh industri sukan tempatan dengan potensi komersialisasi kepada sekolah, institusi pendidikan dan kelab sukan di seluruh negara. FlexiThrow membuktikan bahawa inovasi kejuruteraan dan teknologi mampu menjadikan industri sukan lebih mapan, kompetitif dan inklusif.