LEVINSON ANGGAH ANAK JAMALI KOLEJ VOKASIONAL BINTULU
Kotak Agihan Pintar 4.0 berfungsi untuk melindungi pengguna daripada bahaya keselamatan apabila kerosakan yang dapat berlaku seperti lebihan arus dan litar pintas Dengan projek ini, ia mampu mengesan kerosakan tersebut untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk. Selain itu, Kotak Agihan Pintar 4.0 mampu memantau parameter elektrik utama iaitu arus (Amp), voltan (V) dan kuasa (Watt). Projek ini memanfaatkan teknologi terkini melalui penggunaan penderia canggih dan mikropengawal untuk menyediakan pengukuran masa nyata dan pemberitahuan kerosakan awal litar kepada pengguna. Dengan algoritma yang direka khusus, sistem ini dapat mengenal pasti dan memberi amaran awal mengenai masalah dalam pendawaian elektrik termasuk litar pintas dan lebihan arus. Pendekatan inovatif ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan sistem elektrik tetapi juga memberi pengguna lebih kawalan dan pemahaman terhadap penggunaan tenaga mereka. Dengan demikian, Kotak Agihan Pintar 4.0 berpotensi untuk menjadi penyelesaian yang berkesan dalam mengatasi kelemahan papan agihan tradisional dan meningkatkan kecekapan serta keselamatan sistem elektrik di rumah dan bangunan komersial.