PRV572: ABLEH QUEST

NORMI BINTI A RAHMAN KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

K3IC25 | Professional Innovator

CR: 0.0500 | 1 Likes | 20 Views | 37 times | LS: 38.1
Like it? | Support them now!

ABLEH QUEST

Misi Menguasai Persamaan Perakaunan

ABLEH QUEST merupakan inovasi PdPC interaktif yang direka bagi membantu pelajar program perakaunan memahami dan menguasai Persamaan Perakaunan dengan cara yang menyeronokkan dan mudah diingati. Inovasi ini merupakan gabungan dua pendekatan sedia ada iaitu Dot Dot Colour for ABLEH yang menekankan elemen visual dan warna serta ABLEH Round for Accounting (ARFA) yang digunakan sebagai alat bantu mengajar. Melalui penggabungan ini satu platform pembelajaran berasaskan gamifikasi digital diperkenalkan menggunakan Zep Quiz yang memberi ruang kepada pelajar untuk belajar sambil bermain dan bersaing secara sihat.

Pendekatan inovasi ini membantu meningkatkan tumpuan pelajar memupuk pembelajaran aktif serta menggalakkan pengulangan konsep dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru juga dapat menjalankan penilaian formatif secara pantas dan interaktif. Hasil pelaksanaan inovasi ini menunjukkan peningkatan kefahaman pelajar terhadap konsep asas perakaunan serta tahap penglibatan yang lebih tinggi dalam PdPC.

ABLEH QUEST bukan sahaja menyokong pelaksanaan PdPC abad ke-21, malah menjadi satu pendekatan kreatif dan inovatif dalam pendidikan vokasional bagi program perakaunan.

Kata kunci : Persamaan perakaunan, gamifikasi, interaktif, zep quiz, inovasi PdPC