ROSE QISTINA BINTI SELAMAT Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor
Projek OAT N’ WHEAT MIX merupakan formulasi campuran kering yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna menghasilkan biskut oat yang sihat, mudah dan cepat disediakan. Oat digunakan sebagai bahan utama kerana tinggi serat, protein dan antioksidan, manakala cranberry kering ditambah bagi meningkatkan rasa dan nilai pemakanan. Produk ini dihasilkan sebagai alternatif kepada biskut komersial yang tinggi gula dan lemak. Inovasi ini sesuai untuk semua peringkat umur serta selari dengan trend gaya hidup sihat masa kini. Projek ini berpotensi dikomersialkan dan memberi impak positif terhadap industri makanan serta kesedaran pemakanan sihat masyarakat.